Dear Diary,
Today im posting a list of what im thankful for in my life. There's no significance to this post, posting it just for the sake of....... being thankful. :) and this entry will be in Bahasa Melayu ya. Just because i wanna show off that i can write well in my own language. Haha. :p tak tak. tipu je. saje je tulis in BM. :)
Today im posting a list of what im thankful for in my life. There's no significance to this post, posting it just for the sake of....... being thankful. :) and this entry will be in Bahasa Melayu ya. Just because i wanna show off that i can write well in my own language. Haha. :p tak tak. tipu je. saje je tulis in BM. :)
1. Saya bersyukur saya dilahirkan sempurna.
2. Saya bersyukur keluarga saya bahagia dan tak pernah menghalang apa sahaja keputusan saya dari masa fikir nak lompat darjah atau tidak (PTS) sampailah nak pilih course apa dekat Universiti sekarang.
3. Saya bersyukur mama saya expert Undang-Undang, menjadikan saya bertuah dapat Tutorial Free sebab semester ni ambil Commercial Law.
4. Saya bersyukur UPM SANGAT dekat dengan rumah. First sebab tak payah susahkan mama ayah untuk ambil saya dan kedua tak payah susahkan saya naik bus balik rumah. :P
5. Saya bersyukur ayah saya kawan bergurau yang paling ideal.
6. Saya bersyukur nama saya pendek dan senang untuk disebut-Asyikin. dan ada dalam Kamus Dewan Bahasa supaya boleh boast dekat orang. haha eh tu dah keluar dari maksud bersyukur. okay sambung.
7. Saya bersyukur saya selalu dapat apa yang saya mahu.
8. Saya bersyukur UPM sediakan WiFi.
9. Saya bersyukur saya sekolah di sekolah harian dulu dan bukan di sekolah asrama kerana menjadikan saya agak puas dah duduk di rumah.
10. Saya bersyukur saya dapat laptop courtesy of mama dan ayah tanpa perlu meminta kerana saya sebenarnya sangat tak suka meminta.
11. Saya bersyukur orang yang saya sayang selalu ingat tarikh hari lahir saya dan selalu bagi saya hadiah harijadi yang best.
12. Saya bersyukur saya selalu dapat hadiah walaupun bukan pada harijadi saya. :)
13. Saya bersyukur saya dan room mate saya Alin tak pernah bergaduh.
14. Saya bersyukur adik saya Aqhmar seorang yang sangat baik hati dan kelakar.
15. Saya bersyukur adik saya Atiqah seorang yang pandai technical things seperti membaiki alat elektrik/elektronik, menjahit dan pelbagai lagi kerja yang saya tak suka buat.
16. Saya bersyukur saya ada Adzrean yang selalu dengar apa saya nak cerita walaupun kadang-kadang merepek-repek dan sentiasaaa ada jawapan pada soalan pelik-pelik saya.
17. Saya bersyukur bilik saya di UPM sejuk dan nyaman walaupun kat luar matahari sedang terik.
18. Saya bersyukur nenek saya selalu masakkan daging masak kicap yang saya sangat gemari bila saya datang rumah dia.
19. Saya bersyukur saya mampu untuk makan makanan sedap-sedap.
20. Saya bersyukur badan saya tidak gemuk sangat dan tidak kurus sangat walaupun kadang-kadang saya ada love-hate relationship dengannya.
21. Saya bersyukur saya tak pernah demam selama satu semester 1 09/10 ni walaupun ini semester paling hectic bagi saya.
22. Saya berysukur saya tak susah untuk cari baju di shopping mall.
23. Saya bersyukur kerana saya masih mampu untuk menahan diri dari mengikuti nafsu membeli belah saya yang agak shopaholic ni.
24. Saya bersyukur mama dan ayah terapkan minat membaca ke dalam diri saya dan adik-adik kerana sampai sekarang saya sangat suka membaca.
25. Saya bersyukur saya suka membaca apa saja bahan bacaan yang ada depan mata. Buku politik ayah, buku biografi, buku cerita, suratkhabar, majalah apa sahaja semua saya boleh baca.
26. Saya bersyukur saya suka membaca suratkhabar walaupun dalam internet kerana menjadikan saya seorang yang agak updated dengan isu-isu semasa.
27. Saya bersyukur kulit muka saya tidak bermasalah.
28. Saya bersyukur saya seorang yang tidak memilih makanan.
29. Saya bersyukur saya seorang yang pengemas. malah terlalu sangat sampai adik saya gelar saya ada Obsesive Compulsive Disorder (OCD).
30. Saya bersyukur rakan-rakan saya baik.
31. Saya bersyukur saya tidak pernah mengalami kemalangan jalanraya.
32. Saya bersyukur saya ada handphone. yang comel lagi tu.
33. Saya bersyukur saya tidak alah dengan makanan laut yang menjadi kegemaran saya. kecuali ketam sebab saya tak suka mengopek. :p
34. Saya bersyukur tuhan mencipta kopi, yang pada saya salah satu nikmat dunia.
35. Saya bersyukur bilik saya di rumah berwarna hijau iaitu warna kegemaran saya.
36. Saya bersyukur saya pernah menjadi Pengarah dalam salah satu event kolej, menjadikan pengalaman (dan isi resume) saya bertambah lah jugak.
37. Saya bersyukur saya boleh jadi serious dan kelakar mengikut situasi.
38. Saya bersyukur rumah saya satu tingkat setengah dan bilik saya di tingkat bawah, menjadikan saya tak perlu menaiki tangga untuk pergi ke bilik.
39. Saya bersyukur saya ada bilik saya sendiri.
40. Saya bersyukur saya tak lah pemalas sangat.
41. Saya bersyukur jiran-jiran satu row dengan saya di UPM baik dan selalu ajak makan sama-sama bila mereka masak makanan ringan seperti goreng fries dan cekodok.
42. Saya bersyukur hidup saya bahagia.
43. Saya bersyukur saya ada beberapa orang yang saya boleh panggil sahabat seperti Laila Nadia, Hani Dhania, Farah Eileena dan Nurul Amalina. Eh kenapa nama diorang semua end dengan 'na'? pelik. baru saya tersedar. :p
44. Saya bersyukur kelengkapan belajar saya lengkap.
45. Saya bersyukur saya ada ayah yang suka bawa kami berjalan-jalan.
46. Saya bersyukur mama saya sangat cool dan suka bawa kami adik beradik menonton wayang atau teater. Yang terakhir kami tonton bersama adalah Cuci The Musical. Agak current la kan? :D
47. Saya bersyukur saya tidak racist.
48. Saya bersyukur saya pernah ambil subjek Report Writing dan harap ia dapat membantu saya untuk menulis tesis projek akhir nanti.
49. Saya bersyukur saya selalu pandang ke hadapan.
50. Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf dan cepat lupa dan tak simpan apa yang saya marah.
51. Saya bersyukur saya tahu akan kesusahan mencari wang dan menyebabkan saya menghargainya.
52. Saya bersyukur saya mendapat tajaan JPA dan tidak perlu menyusahkan mama dan ayah saya menanggung perbelanjaan saya di universiti.
53. Saya bersyukur saya baru memenangi tempat kedua pertandingan esei yang saya sertai semester lepas dan dapatlah memberi saya sedikit $ untuk bekalan waktu cuti nanti. :p
54. Saya bersyukur saya ditempatkan di Kolej Pendeta Za'ba kerana biliknya antara yang paling selesa mengikut kata orang di UPM ni.
55. Saya bersyukur saya ada minat menulis dan boleh jadikan ia sumber pendapatan saya suatu hari nanti, InsyaAllah.
56. Saya bersyukur saya boleh menulis dengan agak baik dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
57. Saya bersyukur saya diperkenalkan dengan Herbalife yang banyak membantu saya. ;)
58. Saya bersyukur Malaysia aman damai tanpa ada pengeboman seperti di negara jiran.
59. Saya bersyukur saya boleh buat orang-orang yang saya sayang gelak bila saya buat kelakar.
60. Saya bersyukur Malaysia tidak ada salji. Hall exam sejuk pun complain, nak ada salji? :p
61. Saya bersyukur saya suka minum air kosong yang menyihatkan dan kurang suka minum air kordial yang manis.
62. Saya bersyukur ayah saya tanam pokok mangga yang menghasilkan buah yang sangattt manis dan banyak setiap kali musim ia berbuah.
63. Saya bersyukur Nor Syuhada Zulkifli atau Kak Ada sangat baik sehingga saya boleh anggap dia seperti kakak saya sendiri memandangkan saya tidak ada kakak.
64. Saya bersyukur mama saya pandai memasak makanan yang saya suka.
65. Saya bersyukur saya tidak ada Facebook yang boleh membuat saya addicted berdasarkan pemerhatian yang saya buat ke atas kawan-kawan serta keluarga yang ada akaunnya. Maaf ye rakan-rakan, saya masih belum bersedia. :p
66. Saya bersyukur saya pandai bergaul.
67. Saya bersyukur saya selalu ingat untuk melihat kesan positif sesuatu perkara berbanding dengan kesan negatifnya.
68. Saya bersyukur saya boleh lah juga memasak sikit-sikit untuk bagi saya dan keluarga kenyang.
69. Saya bersyukur saya ada blog yang dikongsi dengan adik-adik kesayangan saya.
70. Saya bersyukur saya reti bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada saya. :D
Baiklah, anda sudah baca senarai saya. Maka, bila lagi nak tulis senarai kesyukuran anda pula?
:D
cikyn
9 respond(s) :):
a very nice entry, cikyn! alhamdulillah, you have such a wonderful life. :)
oh yea, i tk ada twitter la. buat la fb cepat then i can add you up! hehe. :D
Mar : Heehee thanks :D ouhh fb? we'll see later! haha. ramai gile orang persuade but belum sampai seru lagi kot. :p hehe
cikyn
wah saya bersyukur kawan saya bahagia dan hidup dgn baik :)
lepas exam saya akan bwat list benda2 yg patut disyukuri. hehe. love you babe!
dont forget the constant good health given.. that the most valuable one..
okey,insaf ni...=)
hani babe : heehee. bagus bagus. ada semangat ingin bersyukur. :D
ayah : haah lah. terlupa. okay no 71. saya bersyukur saya mempunyai kesihatan yang baik. :)
dila : haha bagus insaf. walaupun cikyn bukan orang terbaik nak bagi orang lain insaf tapi berjaya lah jugak kirenye. :p
cikyn
The fact that you can come up with such a wonderful list makes me sooo very proud to have you as my daughter...
Mama syukur Syikin tahu bersykur atas semua pemberian Allah.
saya bersyukur ade list nub 43 tu. hahaha. love you babe.
bila nak minum2 lagi?
farah babe : love ya too! hehee. anytime can. am at home je ni. anything sms me okie!
Post a Comment